Tanggal 19 Mac 2010, buat pertama kalinya melawati dan menikmati Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC. Macam ada satu tarikan yang mendorong untuk melawati ruang pameran Karangkraf. Pesanan Isteri tercinta untuk membelikan sekurang-kurangnya sebuah novel untuk dirinya. Emmmmm … satu cabaran rupanya kepada ku untuk mencari novel yang menarik buat bacaan isteri tercinta. Rambang juga mata memilih novel dari terbitan Alaf 21 dan juga Buku Prima. Beberapa buku nukilan penulis yang dikenali ramai seperti Ramlee Awang Mursyid, Norhayati Ibrahim, HM Tuah dijadikan sebagai senarai pendek. Tetapi … tidak tahu mengapa tiada tarikan kuat untuk mencapai walau satu pun buku novel yang tersusun rapi di rak pameran.
Pegh … begitu panjang mukadimah … Bagi menyampaikan cerita yang dikategorikan satu kejutan. Mungkin takdir yang Maha Esa menarik ku ke satu sudut yang dikerumuni khalayak yang akhirnya kaki terpaku apabila melihat seseorang yang sudah pastinya sudah lama terputus hubungan persahabatan …
Rupa-rupanya sahabat ku ini telah berjaya menempa namanya di dunia penulisan iaitu dunia impiannya. Bangga … itulah perkataan yang paling sesuai digambarkan pada ketika itu. Mana taknya penulis yang dikenali ramai adalah sahabat kita sendiri … dapat bergambar lagi hehehehe.
Mungkin ini kuasa tuhan yang Maha Esa yang mempertemukan kembali sahabat yang terpisah lama. Ada hikmah di sebalik pertemuan ini … ye la … Cuma beli satu novel tulisannya dapat percuma 4 lagi novel … Termakbul permintaan isteri tercinta … diharapkan satu tapi lima novel ke bawa pulang. Terima kasih Azie … Amat menghargainya.
[Umaira Dzul Widad atau Naz Areesya Ameen nama pena yang digunakan ... Moga berjaya]


Leave a comment
Comments feed for this article