TAFAKUR

syukur1Dikeheningan malam, tafakur dikesyahduan merindui janji Mu tuhan bantuan diperjuangan,

Ku titiskan air mata taubat segala dosa, moga terangkat penghijab kalbu antara kau dan aku.

Ya Allah ya Tuhan ku …

Ku sujud pada qudrad Mu ku serahkan jiwa raga ku pada takdir iradat mu. Pimpinlah daku dalam redhamu kasihi daku dalam rahmatmu hanya padamu aku mengadu ya Allah ya tuhanku. (Tafakur – Zikra’)

[p/s: terkadang terfikir jua sama ada sudah cukupkah amalan yang dikumpulkan untuk dibawa dalam perjalanan yang masih jauh. Kekangan dan bebanan tugas duniawi menghambat kepenatan untuk tafakur sejenak dan bersyukur - 7 November 2008]

 

lost

Sesat dalam Rindu

Ku resah mencari Mu dengan akal, dan … bersama sifat-sifat pinjaman, dan … ku rasakan semakain menjauh, tersesatlah aku dalam rindu.

Ku … satukan firasat mencari Mu, dan ku … terlontor di penghujung alam, Kau … masih tidak dapat ku jejaki, tersesatlah aku dalam rindu.

Kerana Mu …  Ku tinggalkan segalanya, sendiri aku terpedaya, punya akal dan firasat yang tidak ke mana, hanya jalan yang sengsara.

Zahir musnah bagi yg mimpi, zahir ada rahsia menanti, lalu ku salami … di dalam diri, di bawa arus nafas ku, asal serah janji dahulu, mula hidup, pasti mula cinta.

 

Engkau kasih ada di sini … Engkau kasih ada menanti … Engkau kasih aku jua kasih.

 

[p/s : Bahasa itu indah bagi mereka yang menghargainya. Sesat dalam Rindu ... Damasutra - 5 November 2008]

 

 

masjidJERNIH ….

 

Jernihnya dari mata airmu, sebening salju telaga rindu, di lembah gunung rimba kencana, mengalir ia tanpa henti.

 

Bersaksikan kejora alam keriangan, titis embun dingin ke bumi, mekarlah rumpun hijau, disirami kasih yang sejati, penuh budi, jernih salju bak syurgawi, jadi pohon, rimbun sampai akhir nanti.

 

Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia laluan yang penuh likuan, Cuma yang kelihatan satu keindahan yang dipuja, menjadi ilham para pencinta, teroka kalam tanpa batasan menjadi cermin imbasan wajah, seikhlas budi yang teguh berdiri.

 

Bak air mengalir yang penuh halangan, itu bukannya satu alasan, di situ tersirat sebuah hakikat, yang gelap jadi terang, yang luka jadikan terubat, keegoan tersembunyi di lubuk hati suci dan jernih.

 

[p/s : Tak tahu mengapa lirik lagu ini memberikan kesan yang tidak dapat diungkapkan - 31 Oktober 2008]